Pesta Songkran Hatyai 2015 !!
Hampir setiap tahun kami open pakej pesta air dan kali ni hampir 40 orang peserta yang turut serta pakej kami dari pelbagai lapisan umur dari 3 buah negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor termasuk pelancong dari Dumai ,Indonesia
Kami menawarkan Pakej HARGA RM370 seorang
Tarikh 11-14 April 2015
Bergerak 10hb malam dan masuk melalui sempadan negara iaitu Padang Besar untuk mengelakkan kesesakkan di Bukit Kayu Hitam.
Hari pertama 11hb kami hidangkan peserta dengan aktiviti Shopping, Lawat Pantai Samila Beach Songkla yang jauhnya 45minit dari Bandar Hatyai , naik Bukit Tang Kuan Songkla dan Floating Market iaitu Pasar Terapung Klonghae dimana harga makanan yang dijual bermula dari 20bath hingga 40bath..
12hb adalah hari kebebasan pada semua peserta...ada yang sewa tuttut untuk merasai sendiri keriangan pesta air ini dan ada hanya bergembira di depan hotel itu pun sudah cukup memeriahkan. Untuk merasai bahang pesta air ini kami telah bawa beramai-ramai berjalan kaki menuju ke Lee Garden untuk melihat sendiri cara masyarakat thai menyambut perayaan pesta air ini, dimana sepanjang jalan dari hotel ke bandar yang hanya 10minit sahaja sudah ada yang menyimbah-yimbah air. Oleh kerana sudah diberitahu awal pada semua peserta , maka berbasahlah mereka sepanjang hari tersebut.
Dengan turut serta pakej kami , kami tidak akan meninggalkan anda semua, tour leader dan guide yang kami sediakan semuanya berpengalaman dan akan sentiasa memberi informasi dan memastikan anda rasa berbaloi dengan wang yang anda keluarkan... pasti anda tidak menyesal dan membawa kenangan paling indah bersama De Daun....
Nantikan pakej 2016 yang akan dibuka 6 bulan lebih awal untuk konsep kutu hatyai supaya anda boleh membawa orang-orang tersayang suami, isteri , anak-anak, ibu adik ayah dan sahabat...
Sebarang pertanyaan anda semua boleh email terus pada kami dedaun2u@gmail.com & call 06-3345378
Biar gambar berbicara..
Kami tidak kenal
kami tak pernah bersua
tapi pulang sebagai sahabat ...
Sempadan Malaysia - Thailand
Untie-untie yang sporting ....
3 Keluarga bergabung tidak tahu tidak kenal tapi bersua di Hatyai dan bersuka ria disini.
Pergi Hatyai tanpa Massage atau pedicure manicure memang tak lengkap bagi wanita
Durian Pulut yang memang terbaik hanya di thailand
Sarang burung yang merata kelihatan di Hatyai dengan harga bermula 200bath...
mampu memberikan anda tenaga dan sihat tubuh badan...
Bukit Tang Kuan
Tempat pelancongan yang wajib naik yang menjanjikan permandangan yang cantik dari atas bukit
Selepas turun bukit ...terus nikmati Ice Cream Kelapa yang dihidangkan dalam kelapa muda yang terbaik hanya dibawah bukit ini. 30bath je...
Lepas puas bermandi air masuk pula berurut.....
Peserta terkecil yang turut serta .....
Tut tut ke Pasar Hatyai...nak beli mata kucing kering, badam , beras siam , beg tangan , kasut, baju dan segala bagai...malah makanan best-best pun banyak terjual di pasar hatyai....
Aktiviti Siram Air di depan HOTEL HATYAI RAMA
Simbah jangan tak simbah......wajib basah..tak basah anda tak lengkap
Otw berjalan kaki beramai-ramai ke Lee Garden....
Adik kecil yang behenti isi minyak (air )....
Pesta Sonkran 2015 ada tersedia deretan gerai yang menjual makanan traditional masyarakat thai....
Aktiviti Pesta Air di Bandar Hatyai
Kesesakan dan aktiviti tembak, air baling air yang meriah...
Mahu join kami .....kami sentiasa menyediakan perkhidmatan terbaik untuk anda....